| Pantang larang | Sebab pantang larang wujud | |||
|---|---|---|---|---|
| Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul. | Untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. | |||
| Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu. | Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. | |||
| Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. | Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama. | Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semaa dalam tempoh pertunangan. | Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. | |
| Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering. | Petai dan Jering mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu. | Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. | ||
| Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. | Terdapat hadis dalam perkara ini. | |||
| Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis. | Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. | |||
| Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. | ||||
| Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. | ||||
| Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) | ||||
| Elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir(kaum lelaki). | ||||
| Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. | ||||
| Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. | ||||
| Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. | ||||
| Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia utk membuang angin. | ||||
| Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. | ||||
| Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri. | ||||
| Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. | ||||
| Elakkan minum minuman keras dan merokok. | ||||
| Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. | ||||
| Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin. | ||||
| Amalkan makan jamu supaya pada malam pengantin tidak mengecewakan. | ||||
| Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. | ||||
| Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. | ||||
| Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). | ||||
| Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelak terdapat unsur jahat. | ||||
| Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. | ||||
| Jika telah nikah gantung maka tidak boleh bersama. | ||||
| Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk menghangatkan lagi kemesraan. | ||||
| Bilik lelaki atau wanita jangan dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalamnya bagi mengelak dari dikhianati orang. | ||||
| Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi. | ||||
| Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. | ||||
| Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, dan air kelapa agar muka nampak segar. | ||||
| Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. | ||||
| Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. | ||||
| Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. | ||||
| Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. | ||||
| Kedua-dua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. | ||||
| Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. | ||||
| Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. | ||||
| Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. | ||||
| Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar. |
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.